fbpx

9 ditahan ops loteri haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Khalid menunjukkan wang tunai yang dirampas di sebuah premis judi haram di Subang Perdana hari ini.

SUBANG JAYA – Seramai sembilan individu ditahan dalam empat serbuan di sekitar bandar ini menerusi ops loteri haram oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, mereka yang ditahan termasuklah lima orang penjaga premis dan empat orang pemain.

“Enam yang ditahan adalah lelaki dan tiga perempuan. Dua daripadanya warga tempatan manakala tiga wanita Indonesia merupakan penjaga kedai.

“Pemain adalah tiga warganegara Bangladesh dan seorang dari Myanmar. Lingkungan umur mereka antara 20 hingga 47 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abd. Khalid, turut dirampas adalah wang tunai sebanyak RM1,757; empat mesin pencetak, empat telefon bimbit dan 41 kertas nombor judi.

Katanya, kesalahan akan dituduh di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi terbuka 1953.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak lebih RM200,000 ataupun lima tahun penjara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI