fbpx

655 individu ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA- Seramai 655 individu ditahan pihak polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 587 individu telah dikompaun manakala 67 individu pula direman dan 1 dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (292), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (179), tidak memakai pelitup muka (99), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (75) lain-lain (10),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, seramai 104 pendatang asing tanpa izin ditahan semalam dalam Ops Benteng bersama-sama dua tekong selain merampas enam kenderaan darat dan sebuah bot.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI