fbpx

Timbalan Ketua Pengarah antara lima direman salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA individu termasuk Timbalan Ketua Pengarah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Lima individu termasuk seorang Timbalan Ketua Pengarah yang dipercayai terbabit dalam skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa Minyak Gred Berat di perairan Malaysia direman selama lima hari mulai hari ini.

Turut ditahan reman seorang setiausaha bahagian dan tiga pengarah syarikat perkapalan berhubung kes sama.

Perintah reman sehingga 15 Disember ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu didapati menyalahguna kuasa dengan mengeluarkan surat pengecualian kepada syarikat-syarikat tertentu tanpa pengetahuan dan kelulusan Menteri Pengangkutan.

Katanya, Ketua Pengarah Jabatan terbabit sendiri tidak mengetahui berhubung pengeluaran surat pengecualian itu sedangkan beliau sebelum ini sudah mengeluarkan surat arahan larangan penggunaan ‘Single Hull, Double Bottom’ dalam mengangkut minyak Gred Berat di Perairan Malaysia.

“Terdapat banyak rungutan dan aduan diterima daripada pengusaha-pengusaha kapal lain yang sudah pun bertukar kepada Double Hull, Double Bottom.

“Ini selaras dengan piawaian antarabangsa bagi mengelakkan kebocoran dan pencemaran laut kesan dari tumpahan minyak oleh kapal jenis ‘single hull’,” katanya.

Terdahulu, kelima-lima individu berusia antara 35 hingga 54 tahun ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI