ANGGOTA kumpulan Highlight, Son Dong-woon mengesahkan dia telah pun menamatkan latihan perkhidmatan ketenteraan setelah berkhidmat selama hampir dua tahun.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan agensi Around Us Entertainment, penyanyi itu telah ditamatkan perkhidmatan semasa sedang bercuti dan tidak perlu kembali ke pangkalan tentera.
“Selama setahun tujuh bulan, saya melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang bergelar tentera sebelum akhirnya ditamatkan jawatan,” tulisnya kepada peminat menerusi laman sosial.
Difahamkan, Dong-woon akan mengadakan pertemuan pertama dengan peminatnya menerusi saluran rasmi agensi kumpulan tersebut, V Live.
Semasa siaran langsung tersebut, Highlight akan membuat pengumuman tentang semua rangka promosi dan aktiviti seni mereka untuk tahun 2021.