fbpx

Seorang maut, dua parah nahas di Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang membantu mengeluarkan mangsa terbabit dalam kemalangan di di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu - Tawau.

LAHAD DATU – Seorang wanita maut manakala dua pemandu lelaki parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu – Tawau semalam.

Kemalangan membabitkan sebuah Toyota Revo dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dan Nissan Grand Livina yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 59 dan 36 tahun dalam kejadian pukul 6.15 petang itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kenderaan Toyota Revo dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

“Toyota Revo berkenaan terus merempuh kenderaan pasangan suami isteri yang ketika itu berada di selekoh jalan berbukit.

“Ekoran rempuhan terbabit, semua mangsa yang terbabit kemalangan parah dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, penumpang wanita disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital manakala dua lagi pemandu masih menerima rawatan.

Dalam pada itu, Rohan berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Toyota Revo sehingga mengakibatkan kenderaan dipandunya terbabas.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Oleh itu, kita meminta orang awam yang menyaksikan kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI