fbpx

Salah pintas rekod Gerrard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kiri) berjaya meledak gol buat Liverpool walaupun dikawal ketat pemain pertahanan Midtjylland, Dion Cools (tengah) yang berdarah campuran Belgium-Malaysia awal pagi semalam.

HERNING, Denmark – Bintang Liverpool, Mohamed Salah mahu memastikan rekodnya sebagai penjaring terbanyak pasukan itu dalam kempen Liga Juara-Juara tidak mampu dipintas oleh mana-mana pemain lain.

Salah, 28, sudah mengumpul 22 jaringan di pentas Liga Juara-Juara bersama The Reds selepas meledak satu gol ketika seri 1-1 dengan kelab Denmark, Midtjylland pada aksi terakhir Kumpulan D di Arena MCH awal pagi semalam.

Ia secara tidak langsung menyaksikan pemain sayap lincah Mesir itu berjaya me­mintas rekod jaringan terbanyak Li­verpool dalam kempen Liga Juara-Juara yang dipegang oleh legenda kelab tersebut, Steven Gerrard dengan jumlah 21 gol.

“Saya sangat teruja dapat memahat nama selaku penja­ring terbanyak Liverpool dalam sejarah Liga Juara-Juara.

“Ia tidak akan terhenti di sini kerana saya masih mahu menjaringkan gol demi gol buat Li­ve­rpool supaya tiada sesiapa dapat memintas rekod jaringan ini.

“Saya berharap setiap jaringan saya dapat membantu kemenangan Liverpool dan mencapai sasaran yang ditetapkan pasukan,” kata Salah.

Dalam aksi itu, Salah berjaya membuka tirai jaringan buat The Reds seawal 55 saat perlawanan berlangsung sebelum Midtjylland bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Alexander Scholz pada minit ke-62.

Keputusan seri itu tidak menjejaskan peluang Liverpool yang sudahpun mengesahkan slot ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan D diiringi pasukan tempat kedua, Atalanta yang berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Ajax di Amsterdam awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI