fbpx

Rakaman audio dan transkrip rakaman tidak jadi bahan bukti bicara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSMAH ketika hadir pada perbicaraan kes solar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Oleh NORLIZAH ABAS

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan rakaman audio dan transkip yang didakwa mengandungi perbualan di antara Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya, Datuk Seri Najib Razak tidak akan dimasukkan sebagai bahan bukti keterangan dalam perbicaraan rasuah isteri bekas Perdana Menteri itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio dan transkrip tersebut.

Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan pihak pendakwaan menutup kes hari ini dan menawarkan 10 saksi pendakwaan kepada pihak pembelaan.

Mahkamah kemudian memerintahkan pihak pendakwaan memfailkan penghujahan bertulis dalam tempoh dua minggu.

Sebelum itu, perbicaraan turut mendengar keterangan saksi pendakwaan kelima, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dipanggil semula bagi pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan.

Rosmah, 68, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 hingga 7 September 2017. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI