fbpx

PKPB empat daerah Kelantan ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan ditamatkan semalam kecuali bagi dua mukim (Daerah Penggawa).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mukim terbabit adalah Mukim (Daerah Penggawa) Kubang Kerian, Kota Bharu dan Mukim (Daerah Penggawa) Kusial, Tanah Merah.

“Kes positif Covid-19 di keempat-empat daerah ini menunjukkan trend penurunan mendadak dan terkawal sementara kes aktif yang masih ada hanya tertumpu di beberapa mukim (Daerah Penggawa).

“PKPB di kedua-dua mukim ini diteruskan sehingga 20 Disember 2020. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kampung Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh turut diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas bermula 7 sehingga 20 Disember 2020. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI