fbpx

Pengawal keselamatan didakwa bunuh tukang masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAIN Seng dihadapkan ke Mahkamah Majistret di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang tukang masak pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Ong Lai Seng, 65, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd. Manap, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Lai Seng didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian Chua Kok Seong, 42, di pondok pengawal, Blok 8, Desa May, Persiaran Paya Terubong di sini pukul 8.50 malam 5 Disember lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam, Teh Ee Teng.

Mahkamah menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula.

Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan seorang pengawal keselamatan bertindak menikam seorang kenalannya dengan 10 kali tikaman pada badan di hadapan sebuah pondok pengawal pangsapuri di Paya Terubong, Ayer Itam di sini.

Ketika kejadian, pengawal keselamatan itu dipercayai sedang bertugas di pondok pengawal perumahan terbabit sebelum berlaku perbalahan mulut yang membawa kepada pergaduhan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI