fbpx

Pejabat SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. disita, gagal lunas hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak mahkamah ketika melakukan perintah penyitaan syarikat SPNB Aspirasi di ibu negara semalam.

PETALING JAYA – Sebuah syarikat pembinaan perumahan tempatan telah berjaya dalam tuntutannya setelah mendapatkan perintah mahkamah bagi menyita SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. yang dimiliki penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) semalam.

Menurut sumber syarikat Chimonief Sdn. Bhd. berkata, perintah mahkamah tersebut dibuat setelah SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. gagal untuk melunaskan baki hutang sebanyak RM90 juta terhadap syarikat pembinaan tersebut dua tahun lalu.

“Hutang sebanyak RM90 juta itu adalah dari sebuah projek pembinaan perumahan 880 unit rumah mampu milik di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan sejak dua tahun lalu yang tertangguh.

“Perintah mahkamah itu telah dijalankan semalam apabila bangunan syarikat SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur telah disita pihak mahkamah,” ujar sumber tersebut ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut sumber syarikat pemiutang itu, projek perumahan yang dibina oleh syarikat Chimonief Sdn. Bhd. dalam perancangan asalnya bakal disiapkan sepenuhnya tahun hadapan namun akibat pembayaran terbabit tidak dilakukan, projek tersebut terpaksa ditangguhkan.

“Pembinaan kesemua unit rumah mampu milik di Tunjong itu sepatutnya disiapkan sepenuhnya tahun hadapan.

“Rentetan masalah ini, kami terpaksa menangguhkan pembinaan ini dan terpaksa menunggu kesemua baki hutang ini diselesaikan terlebih dahulu,” jelasnya.

Terdahulu, SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. didapati ingkar perintah mahkamah bertarikh 6 November 2019 untuk menyelesai tuntutan pihak pemiutang iaitu Chimonief Sdn. Bhd. dalam tuntutannya iaitu ganti rugi global dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 90 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI