fbpx

Pandemik Covid-19 jejas aksi Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM bertekad memperbaiki tunggangannya bagi mencerahkan peluang untuk beraksi bersama pasukan Petronas SRT bagi musim 2022.

PELUMBA negara, Adam Norrodin mengakui beraksi ketika pandemik Covid-19 merupakan cabaran besar buat dirinya ter­utama dalam mengekalkan stamina pada perlumbaan CEV Moto2 Sepanyol yang sudah berakhir musim ini.

Pelumba Liqui Moly Intact SIC Junior Team itu meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan, namun gagal melakukannya apabila menduduki tempat ketujuh de­ngan 79 mata.

“Pada tahun ini susah sikit sebab pandemik Covid-19. Sepanyol antara negara tertinggi kes Covid-19. Disebabkan itu saya berdepan masalah untuk menjalani latihan.

“Bagi saya, musim 2020 merupakan tahun mencabar buat saya terutamanya dalam mengekalkan stamina. Ketika berada di sana, gimnasium juga tutup dan tidak boleh menjalani latihan dalam kelompok ramai. Hanya sesetengah tempat boleh lakukan latihan fizikal.

“Meskipun saya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tetapi saya berpuas hati dengan pencapaian saya dengan berada di kedudukan ketujuh keseluruhan,” katanya.

Dengan pengalaman terbaik beraksi pada CEV, Adam bertekad untuk memperbaiki tunggangannya dari semasa ke semasa bagi mencerahkan peluangnya untuk beraksi ber­sama pasukan Petronas SRT bagi musim 2022 nanti.

“Saya gembira dengan hasil perlumbaan saya dan banyak perkara perlu saya perbaiki. Potensi itu ada jika kita dapat lengkapkan segala kelemahan dan sudah pasti kita akan dapat hasil yang kita mahukan. Tiada perkara yang mustahil dan saya yakin mampu melakukannya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI