fbpx

Mayat Naib Ketua Armada Kota Tinggi ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat membawa mayat Mohd. Zulfikrie yang ditemui mati lemas kira-kira pukul 3 petang di Tanjung Lompat, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Mayat Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kota Tinggi yang hilang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika melakukan kerja membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau di sini petang semalam ditemui hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fadli Ismail berkata, mayat Mohd. Zulfikrie Buang, 24, ditemui di kawasan berbatu menghala ke Tanjung Lompat kira-kira pukul 3 petang.

“Kami menemui mayat mangsa dengan jarak anggaran 500 meter dari tempat kejadian atau tempat mangsa jatuh.

“”Semalam pihak bomba bertindak membuat pencarian di pinggir pantai di tiga kawasan iaitu Jeti Nelayan Tanjung Balai, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balai,”katanya ketika dihubungi.

Mohd. Fadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Mangsa dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika melakukan kerja membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau di sini kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Kita dimaklumkan keadaan di lokasi cuaca hujan, laut berombak dan angin kuat ketika kejadian berlaku,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI