fbpx

Wanita gagal hubungi anak lebih 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Azizi menerusi Facebooknya.

PETALING JAYA – Ibu kepada mangsa kemalangan berhampiran bulatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam memberitahu anaknya gagal dihubungi sebelum dimaklumkan terlibat dalam kemalangan.

Wanita itu berkata, anaknya, Afiq Zainudin, 24, gagal dihubungi kerana pengsan selepas terlibat dalam kemalangan.

Katanya, anak bongsunya yang tersedar kemudian berjalan kaki dalam keadaan berlumuran lumpur bagi mendapatkan bantuan di Pos Bantuan Malaysia Airlines Berhad berhampiran terminal.

Difahamkan, Afiq keluar ke Ara Damansara di sini pada Rabu lalu dan tidak dapat dihubungi lebih 24 jam.

Artikel berkaitan : Pemandu terselamat kereta masuk longkang

“Saya menghubungi dia (Afiq) enam kali bermula pada pukul 1 pagi namun tidak dijawab manakala pada tengah hari telefon bimbitnya gagal dihubungi.

“Saya nekad membuat laporan polis pada sebelah petang sebelum menerima panggilan yang memaklumkan anak saya terlibat dalam kemalangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut wanita itu, anak lelakinya itu masih trauma dan tidak ingat mengenai kejadian yang menimpanya.

“Saya terkejut dengan apa yang menimpa Afiq namun bersyukur ada pihak membantu termasuk menghubungi saya bagi memaklumkan kejadian tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, kejadian kemalangan itu tular di media sosial selepas dikongsi anggota polis bantuan, Azizi Azizan yang memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan itu.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, dia menceritakan curiga didatangi pemuda yang kelihatan seperti orang kurang siuman kerana penampilannya yang tidak terurus dan badannya penuh lumpur.

Walaupun begitu, Azizi segera memberi bantuan dan mendapati mangsa sebenarnya baru sedarkan diri selepas terlibat kemalangan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI