fbpx

Majalah Time pilih Joe Biden, Kamala Harris sebagai Person Of The Year 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joe Biden (kiri) dan Kamala Harris (kanan) dipilih sebagai Person Of The Year 2020 oleh Majalah Time. - AFP

WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46, Joe Biden dan bakal Naib Presiden AS, Kamala Harris dinobatkan sebagai “Person of the Year” 2020 oleh Majalah Time, kelmarin.

Pemilihan mereka adalah berikutan kemenangan ke atas Presiden Donald Trump dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.

“Bagi mengubah kisah Amerika, menunjukkan bahawa kekuatan empati lebih besar daripada kemarahan dan perpecahan serta kerana berkongsi visi menyembuhkan dunia yang berduka,” kata Time, menjelaskan pilihannya.

Pasangan pemimpin Parti Demokrat itu  dipilih mengatasi tiga finalis lain terdiri daripada petugas kesihatan barisan hadapan iaitu Anthony Fauci dan gerakan keadilan kaum iaitu Trump.

Muka depan majalah Time memaparkan potret Biden, 78, dan Harris, 56, dengan tajuk “Mengubah cerita Amerika.”

“Mereka menawarkan pemulihan dan pembaharuan dalam satu tiket dan Amerika membeli apa yang mereka ingin jual,” kata penerbitan itu.

Biden mengalahkan Trump dengan mendapat 306 undi elektoral menerusi pilihan raya presiden AS November lalu berbanding Trump yang hanya mengumpul 232 undi elektoral. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI