fbpx

KPDNHEP rampas minyak wangi tiruan bernilai lebih RM1.1juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP sedang memeriksa beberapa minyak wangi dalam serbuan di dua premis di sebuah bangunan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Minyak wangi tiruan jenama terkenal bernilai lebih RM1.1 juta dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu serbuan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam.

Serbuan di dua premis berasingan di sekitar kawasan tersebut turut menahan seorang lelaki tempatan bagi merakam keterangan.

KPDNHEP dalam satu kenyataan laman Facebook berkata, serbuan yang turut disertai oleh wakil pemilik cap dagangan adalah hasil risikan dan maklumat awam.

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan aktiviti pembungkusan minyak wangi ke dalam kotak sedang giat jalankan oleh pekerja yang berada dipremis.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan di kedua-dua premis oleh pasukan serbuan telah menemui beberapa jenama minyak wangi yang disyaki tiruan antaranya jenama Burberry, Gucci dan Victoria Secret.

“Kesemua barangan itu kemudiannya dirampas untuk siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan di kedua-dua premis itu bernilai RM1,163,300,” katanya di sini hari ini.

Menurut KPDNHEP, siasatan lanjut juga mendapati kesemua minyak wangi berkenaan dijual secara online dan kedua-dua premis tersebut adalah stor simpanan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI