fbpx

Kes menurun, enam lagi kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Jumlah kes baharu hari ini menurun berbanding semalam dengan 1,810 kes dilaporkan menjadikan sebanyak 80,309 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 11 kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 1,799 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat enam lagi kes kematian baharu di Sabah dan Pulau Pinang melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 60 hingga 81 tahun menjadikan sebanyak 402 kes kematian Covid-19 dilaporkan.

“Dalam masa sama, sebanyak 937 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 67,173 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 123 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 63 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI