fbpx

Hilang tergelincir ketika baiki jeti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZULFIKRIE

KOTA TINGGI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika melakukan kerja membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau di sini petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd. Zulfikrie Buang, 24.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kejadian itu pada pukul 5.04 petang sebelum menghantar sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Mangsa lemas iaitu lelaki dewasa berusia 24 tahun dipercayai telah tergelincir dari perancah semasa membuat kerja-kerja membaiki jeti.

“Kita dimaklumkan keadaan di lokasi cuaca hujan, laut berombak dan angin kuat ketika kejadian berlaku.

“Susulan itu operasi pencarian dilakukan dipinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Challet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau,”katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, operasi turut dibantu agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI