fbpx

GBHM desak SPRM siasat isu kartel daging import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Zulfitri menunjukkan memorandum mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat isu "kartel" daging import yang menggunakan logo "Halal" palsu di perkarangan SPRM, di sini hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Gagasan Baru Harapan Malaysia (GBHM) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan siasatan secara telus mengenai isu ‘kartel’ daging import yang mempunyai sijil halal palsu di Senai , Johor baru-baru ini.

Presidennya, Mohd. Zulfitri Mohd. Basir berkata, sehingga kini tiada tangkapan dan pendakwaan yang dibuat terhadap sindiket tersebut dengan alasan pihak berkuasa sedang mengumpulkan maklumat dan masih menjalankan siasatan.

Katanya, GBHM percaya wujud ketirisan dan penglibatan unsur rasuah dalam kalangan pegawai unit berkuasa yang menjaga proses sempadan negara sehingga daging import haram itu dapat diseludup dan diedarkan ke seluruh negara.

“Paling merisaukan jumlah sebenar yang telah terlepas ke dalam pasaran negara selama ini. Kami juga percaya sindiket ini bukan baru beroperasi dalam tahun ini tetapi telah bertapak sekian lama.

“Terlalu banyak kemusykilan dan keraguan dalam kes ‘kartel’ daging ini yang tidak dijawab secara telus oleh pihak berkuasa yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak penglibatan suruhanjaya itu dalam siasatan isu ‘kartel’ daging import yang menggunakan logo halal palsu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI