fbpx

Gagasan rasmi perlu diwujud sebelum PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PETALING JAYA – Satu gagasan besar yang menggabungkan semua parti komponan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu diwujudkan secara rasmi secepat mungkin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu perlu dibuat bagi memastikan kelangsungan permuafakatan dan melambangkan kesatuan semua tiga gabungan parti besar yang bersama kerajaan pimpinan PN hari ini iaitu PN, BN dan GPS.

Jelasnya, gagasan tersebut bakal menjulang wawasan dan aspirasi yang diperjuangkan oleh parti-parti politik yang bergabung di bawahnya.

“Dengan termeterainya piagam ini, rakyat akan lebih yakin bahawa gagasan tersebut mempunyai kestabilan politik yang kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar-dasar bagi memajukan ekonomi, membangunkan negara dan membela rakyat di masa hadapan.

“Sebagai sebuah gagasan yang inklusif, semua pemimpin parti yang bergabung di dalamnya harus diberikan ruang dan peluang yang sama untuk menyuarakan pendapat serta pandangan masing-masing.

“Dengan mengambil kira kehendak semua parti tidak kira besar atau kecil, tidak kira mewakili mana-mana bangsa, kaum dan agama, gagasan ini nanti mampu melahirkan satu manifesto yang benar-benar memenuhi keperluan seluruh lapisan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI