fbpx

Dua rumah penduduk ‘dikunjungi’ biawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biawak yang berjaya ditangkap anggota bomba Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Dua buah rumah di sekitar daerah ini menerima ‘kunjungan’ biawak dalam tempoh selang tiga jam semalam.

Kejadian tersebut berlaku bermula pukul 2.39 petang di dua buah rumah yang terletak di Taman Sirambai dan Taman Melawati Jaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Ismail Zakariya berkata, kedua-dua biawak bersaiz sederhana itu ditemui di pekarangan dan bilik air rumah mangsa.

Katanya, jarak antara kedua-dua rumah itu sejauh empat kilometer.

“Operasi menangkap haiwan tersebut mengambil masa selama hampir 20 minit.

“Kita tidak menolak musim hujan yang melanda daerah ini khususnya antara penyebab kehadiran binatang liar berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail menegaskan dua biawak itu dilepaskan ke habitat asal di kawasan hutan berhampiran. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI