fbpx

Bermula sekadar hobi, kini jana ribuan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Helmi kini menjual ikan laga yang dibelanya sehingga ia menjadi sumber pendatapan sampingannya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

PORT DICKSON- Bermula hanya untuk mengisi masa terluang sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu, seorang pemuda, Ahmad Helmi Razali, 31, tidak menyangka hobinya membela ikan laga itu kini turut menjadi pendapatan sampingannya.

Menurut Ahmad Helmi, dia memelihara dan menjalankan perniagaan menjual ikan laga atau betta itu di rumahnya di Taman Bagan Pinang, dekat sini dan ekoran sambutan yang menggalakkan, dia kini mampu mencatat nilai jualan sehingga lima angka.

“Sebelum ini, saya memelihara ikan laga ini sekadar hobi sahaja kerana mempunyai pekerjaan tetap, lama-kelamaan saya sudah seronok dan sehingga menjadikan ikan ini sebagai satu perniagaan.

“Saya bersama biras mengambil keputusan untuk menjalankan pembiakan ikan ini. Mula-mula kami hanya membeli dua ekor ikan laga sahaja di pekan Lukut dan selepas dua bulan kami mencari pasangan ikan laga ini seterusnya melakukan pembiakan” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Tambahnya, jika dulu ikan laga hanya boleh dicari di kawasan paya dan sebagainya, namun kini ia banyak terjual dalam laman sosial seperti Facebook.

“Ramai yang datang membeli memberitahu, kecantikan ikan laga ini boleh menghilangkan tekanan apabila penat bekerja atau belajar. Ada yang membeli ikan ini untuk dijadikan hiasan dan diletakkan di ruang tamu,” katanya yang mempunyai 500 ekor ikan laga di rumah.

Ahmad Helmi berkata, kaedah penjagaan ikan laga tidak sukar berbanding ikan lain, namun perlu penjagaan rapi termasuk kebersihan air dan makanan yang sesuai.

“Ikan hiasan merupakan ikan yang paling mudah dijaga. Jika diberi makanan yang sesuai dan menggunakan air yang bersih, ikan akan hidup.

“Saya tidak pernah menyertai mana-mana kursus penjagaan ikan namun saya mempelajari melalui Facebook atau belajar di YouTube termasuk cara pembiakan seperti cara telur ikan ini menetas,” katanya.

Dia juga memaklumkan, ikan laga jualannya sering mendapat permintaan termasuk pelanggan dari luar Negeri Sembilan.

“Sekarang lebih mudah, kita boleh kirim ikan  ke mana sahaja dengan kurier, jadi mereka yang berminat boleh menghubungi saya untuk memilih ikan dan saya akan pos ke alamat yang diberi,” katanya.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI