fbpx

Aliran trafik dijangka sesak bermula hari ini – PLUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN trafik yang mula perlahan selepas Persimpangan Telekom ke Hulu Langat terus Pusat Bandar.

PETALING JAYA – Aliran trafik di semua lebuh raya di negeri ini dijangka mengalami peningkatan jumlah kenderaan bermula hari ini sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor sekaligus menandakan bermulanya pergerakan rentas negeri sepertimana yang diumumkan kerajaan, Sabtu lalu.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Datuk Azman Ismail berkata, beliau menyarankan semua pengguna lebuh raya supaya dapat merancang perjalanan lebih awal dan memastikan kad Touch n Go dan e-Wallet mereka mempunyai baki yang mencukupi untuk mengurangkan gangguan.

Katanya, terdapat kira-kira 13,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara bagi membolehkan pelanggan lebuh raya menambah nilai kad lebih awal.

“Bagi pelanggan yang menuju ke utara, PLUS menasihatkan agar mereka membuat tetapan tambah nilai e-Wallet secara automatik bagi kemudahan pelanggan menggunakan teknologi baharu tanpa sentuh Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

“Kemudahan pembayaran tol menerusi RFID (program perintis) kini boleh dinikmati di laluan di Sungai Dua-Hutan Kampung dan di semua plaza tol sistem terbuka di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Azman memberi jaminan bahawa segala persediaan telah dilaksanakan bagi menerima lonjakan trafik di lebuh raya menjelang hujung minggu ini.

“PLUS mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan kami termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Semua pelanggan dinasihatkan mematuhi semua prosedur kesihatan dan keselamatan sepanjang perjalanan mereka di lebuh raya dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri,” katanya.

Menurut Azman, PLUS menggalakkan pelanggannya supaya memuat turun aplikasi PLUS bagi memudahkan mereka merancang perjalanan di lebuh raya.

“Aplikasi tersebut turut menyediakan paparan video televisyen litar tertutup (CCTV) lebuh raya dan butang kecemasan (SOS) bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan ketika kecemasan.

“Ia turut dilengkapi Chatbot PUTRI yang berinteraksi secara digital bagi mengendalikan sebarang pertanyaan atau maklum balas pelanggan,” katanya.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, pelanggan boleh menghubungi PLUSLine di talian bebas tol di 1800-88-0000 atau emel kepada [email protected]! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI