fbpx

Warga madrasah, penduduk di Kluster Huma patuh arahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (dua kiri) meluangkan masa menziarah pesara polis yang menghidap angin ahmar di Kampung Padang Sakar, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Polis Kelantan memuji tindakan pelajar dan warga Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah, Kampung Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh yang patuh kepada arahan yang dikenakan terhadap mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 6 Disember lalu.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, hasil pemantauan yang dilakukan menerusi udara menggunakan dron, polis mendapati tiada sebarang pergerakan dilakukan oleh warga madrasah itu termasuk penduduk kampung sekitar.

Menurutnya, polis mendapat kerjasama baik daripada semua yang terlibat dalam usaha memutuskan penularan wabak Covid-19.

“Saya ucapkan tahniah kepada warga madrasah dan penduduk setempat yang cukup patuh kepada arahan.

“Bukan itu sahaja, mereka turut faham dengan peraturan pelaksanaan PKPD yang sedang dikuatkuasakan di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi seorang pesara polis, Abdul Wahab Mat Seh, 74, yang diserang penyakit angin ahmar di Kampung Padang Sakar di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, pemantauan menggunakan dron akan terus dijalankan di kawasan berkenaan.

Katanya, penggunaan dron dilihat turut memainkan peranan untuk menimbulkan rasa takut kepada penduduk sekaligus membuatkan mereka patuh arahan ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI