fbpx

Wani Chomel alami komplikasi jantung bengkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANI CHOMEL

PETALING JAYA – Tidak lama selepas dikejarkan ke hospital baru-baru ini akibat jangkitan kuman pada paru-paru, gadis obesiti dikenali sebagai Wani Chomel mengumumkan dia menghidap komplikasi jantung bengkak.

Perkara berkenaan dimaklumkan Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Ujarnya, dia akan melakukan rawatan susulan di hospital pakar.

“Semua sedia maklum yang saya didiagnos menghidapi jangkitan kuman pada paru-paru baru baru ini.

“Semalam (Rabu) setelah menjalani pemeriksaan lanjut sekali lagi oleh Hospital Putrajaya, saya didapati menghidapi komplikasi jantung bengkak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan penyakit tersebut di hospital pakar seterusnya,” katanya.

Wani turut meminta orang ramai mendoakan kesihatannya dan segala urusan dipermudahkan.

“Buat masa ini saya dibenarkan pulang sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini.

“Tolong doakan saya. Ya Rahman, Ya Rahim. Aku berserah kepada-Mu. Terima kasih semua yang telah mendoakan saya dan bersama saya dengan kata-kata semangat. Saya amat hargainya dunia akhirat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian,” tulisnya.

Terdahulu, Wani pada Jumaat mengadakan sidang akhbar mendakwa dirinya dianiaya dan ditipu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang menafikan haknya sebagai duta produk pelangsingan milik usahawan terkenal tersebut.

Isnin lalu, Aliff Syukri turut mengadakan sidang akhbar dan memaklumkan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Wani. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI