fbpx

Vaksin: Masih tunggu perkenan Al-Sultan Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (tengah) mendengar sesi taklimat bersama wakil Yadim ketika hadir Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Misi Bantuan Bencana Banjir di pejabat Yadim, Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung penggunaan vaksin Covid-19 di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan mengenai penggunaan vaksin sudah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas ke-10 Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) minggu lalu.

Beliau berkata, keputusan oleh muzakarah sudah ada tetapi apa yang dilakukan kini adalah mengikut tertib dan berhemah.

“Sebarang keputusan yang diputuskan dalam muzakarah sudah dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Sebaik mendapat perkenan dan persetujuan maka kita (kerajaan) akan menguar-uarkan perkara itu kerana fatwa bukanlah satu perkara yang perlu disembunyikan,” katanya.pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini.

Ditanya bila keputusan mengenainya akan diumumkan, Zulkifli berkata, beliau tidak dapat jangkakan perkara itu namun, akan menunggu.

“Selepas menerimanya, kita aka uar-uarkan,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan memutuskan untuk menerima cadangan Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) untuk meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioTech. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI