fbpx

‘Tup tup 14 hari bulan saya sihat, sedap pula saya nyanyi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA RAZALI

PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali seperti memberi bayangan ingin beraksi sendiri mendendangkan lagu Peluang Kedua pada Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SAMM35) pusingan ketiga yang bakal berlangsung 15 Disember ini.

Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd. Razali, 28, bagaimanapun berkata, semuanya bergantung kepada keadaan kesihatannya. Buat masa sekarang, sudah ada penyanyi lain yang akan menyanyikan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF tersebut.

“Kalau ikut perancangan sekarang, memang bukan sayalah tetapi tak tahu kalau kata 14 hari bulan saya sihat, kita tak tahu kan orang punya doa.

“14 haribulan tolonglah Nabila Razali sihat. Tiba-tiba ‘tup tup’ sihat, boleh nyanyi, sedap pula saya nyanyi kan. Jadi, macam ‘why not’, (kenapa tidak),” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis pelantikannya sebagai duta produk minuman, BeFine di Flora Terrace semalam.

Jelas Nabila lagi, dia tidak berani bercakap lebih tentang perkara tersebut namun buat masa sekarang, memang bukan dia yang akan menyanyikan lagu Peluang Kedua pada SAMM35 nanti.

“Saya tak berani nak cakap apa-apa, masih tiada kata putus lagi, tetapi buat masa sekarang, pusingan separuh akhir memang saya bagi tanggungjawab besar itu kepada orang lain. Saya yakin dia akan ‘nail’ lagu itu,” katanya.

Terdahulu, Nabila menarik diri daripada beraksi di pentas SAMM35 disebabkan masalah peti suara.

Pun begitu, seperti judul lagunya Peluang Kedua, ramai berpendapat insiden yang berlaku baru-baru ini memberikan peluang kedua buat Nabila.

Dia sendiri berharap boleh menyanyikan lagunya selepas program itu ditangguhkan apabila salah seorang penyanyi terlibat, Alif Satar positif Covid-19.

Pusingan ketiga yang sepatutnya berlangsung pada 22 November bakal berlangsung pada 15 Disember ini.

Sembilan buah lagu bakal berentap untuk merebut tempat ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Lagu-lagu berkenaan termasuklah, Hello nyanyian Ismail Izzani dan Andi Bernadee; Eh (Zizi Kirana); Semalam (Aina Abdul); Belenggu Rindu (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah) dan X Missing You (Dayang Nufaizah, Tuju dan YonnyBoii).

Selain itu, lagu Takkan Terlerai (Ernie Zakri dan Syamel); Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter); Aku Kau dan Muzik (Stacy dan Akim) dan Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali turut dipertandingkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI