fbpx

Tukang kayu dakwa ada ubat koronavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiada lagi aktiviti melibatkan perkumpulan beramai-ramai dibenarkan sepanjang penguatkuasaan PKP.

COLOMBO – Beribu-ribu orang mengingkari larangan himpunan beramai-ramai di sebuah perkampungan kecil di Sri Lanka kelmarin selepas seorang lelaki mendakwa dia ada sejenis ubat cecair yang mampu mencegah serta merawat koronavirus.

Tukang kayu, Dhammika Bandara menerusi satu siaran televisyen pada minggu lalu mendakwa Tuhan menurunkan ubat penyembuh itu kepadanya.

Bagaimanapun, doktor di negara itu berkata, tiada bukti asas saintifik berhubung dakwaan ubat cecair berkenaan atau kemampuannya memulihkan pesakit Covid-19.

Foto menunjukkan Menteri Kesihatan Pavithra Wanniarachchi meminum bahan campuran itu yang disiarkan akhbar tempatan didakwa membantu menyebarkan dakwaan Bandara.

Sekumpulan wartawan me­nyatakan kira-kira 12,000 orang sudah berkunjung ke kampung itu kira-kira 85 kilometer dari Colombo iaitu lokasi sama Bandara meng­umumkan dia mahu memberi sampel percuma.

“Saya menyatakan dengan ikh­las bahawa campuran ini (sirap) bukan hanya menyembuhkan Covid-19, tetapi selepas kamu minum sekali, kamu tidak akan dijangkiti virus itu,” katanya kepada orang ramai tanpa memberi sebarang bukti nyata.

Sri Lanka berdepan peningkatan kes Covid-19 sejak Oktober lalu dengan jumlah jangkitan meningkat kepada lebih 28,500 kes dengan 142 kematian.

Gambar yang dikongsi juga menunjukkan pegawai polis gagal menguatkuasakan penjarakan fizikal orang ramai dan tiada sesiapa ditahan atau didenda kerana melanggar perintah kawalan Covid-19.

Mahkamah Sri Lanka boleh mengenakan denda ke atas individu yang didapati tidak memakai pelitup muka di tempat awam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI