fbpx

Sam Bunkface tamat zaman duda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAM bersama isterinya, Puteri Eifa Ezrin.

PETALING JAYA – Selepas setahun bergelar duda, vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam kembali mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom,33 menerusi satu hantaran dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

“Salam Jumaat semua. Di sini Sam ingin kongsikan yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin Mohd. Kushairi.

“Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sam yang memilih pakaian rona putih sedondon bersama dengan isterinya, turut berkongsi beberapa keping gambar di sekitar majlis pernikahan mereka.

Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga peminat yang mendoakan hubungan yang baru dibina tersebut berkekalan hingga ke syurga.

Terdahulu, Sam pernah mendirikan rumah tangga dengan Aida Azira Husin pada 2015 sebelum sah bercerai pada Januari tahun lalu.

Menerusi hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq yang kini berusia empat tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI