fbpx

Rakyat berasa selamat melancong di luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rakyat lebih cenderung memilih kawasan luar bandar sebagai destinasi pelancongan pada waktu pandemik Covid-19 kerana berasa lebih selamat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, rakyat berasa selamat melancong di kawasan luar bandar kerana lokasi tersebut tidak ramai orang dan mempunyai udara segar.

Justeru, kata beliau, MOTAC akan mempromosikan pelancongan luar bandar sebagai salah satu inisiatif jangka pendek untuk memulihkan industri pelancongan dalam negara.

“Kita akan memperkenalkan industri pelancongan di luar bandar kerana pelancong kini lebih cendurung memilih destinasi yang dianggap selamat, kurang orang dan udara segar,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas-Dungun) mengenai strategi jangka masa pendek MOTAC untuk industri pelancongan negara.

Terdahulu, Nancy berkata, MOTAC sedang giat merangka pelbagai inisiatif jangka masa pendek untuk kembali merancakkan pelancongan dalam negara susulan kebenaran merentas negeri dan daerah oleh kerajaan bermula Isnin lalu.

Menurut beliau, perkara paling utama adalah untuk membina keyakinan rakyat bahawa adalah selamat untuk mereka melancong dalam negara.

Sehubungan itu, katanya, MOTAC bekerjasama rapat dengan penggiat industri pelancongan berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diamalkan dan dipatuhi dalam aktiviti pelancongan.

“Kalau kita semua mahu ekonomi ini dapat berterusan secara mampan, kita perlu jadi pelancong yang bertanggungjawab supaya dapat sama-sama kita menjaga kita,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI