fbpx

Puas hati dendam terbalas – Nagelsmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN ternyata gagal menyembunyikan perasaan gembira sebaik sahaja pasukan bimbingannya menyingkirkan Manchester United pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

LEIPZIG, Jerman – Jurulatih RB Leipzig, Julian Nagelsmann bangga kerana anak-anak buahnya berjaya membalas dendam terhadap kekalahan 0-5 kepada Manchester United pada Oktober lalu dengan kemenangan 3-2 di Red Bull Arena awal pagi semalam.

Lebih manis, kemenangan itu bukan sahaja melayakkan Leipzig ke peringkat kalah mati tetapi turut menyingkirkan United daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

“Perlawanan ini sangat men­debarkan sejak wisel permainan dibunyikan. Saya gembira kerana kami bermain dengan baik dan berjaya menjaringkan dua gol awal.

“Namun, saya sedikit terkilan kerana kami tidak sepatutnya menghadiahkan sepakan penalti kepada United yang menjadi titik kebangkitan mereka pada perlawanan ini.

“Mujur kebangkitan mereka sia-sia kerana kemenangan tetap menjadi milik kami. Saya sangat berpuas hati, pemain-pemain telah memberikan persembahan terbaik dan kami berhak meraih kejayaan ini,” kata Nagelsmann.

Leipzig meraih dua gol awal menerusi Angelino serta Amadou Haidara seawal minit kedua dan 13 sebelum berjaya meledak jaringan ketiga melalui Justin Kluivert pada minit ke-69.

United cuba bangkit de­ngan dua gol dalam tempoh dua minit melalui sepakan penalti Bruno Fernandes dan jaringan sendiri Ibrahimo Konate pada minit ke-80 serta 82, namun ia tidak cukup untuk menghalang kemenangan Leipzig.

Kekalahan itu menyaksikan United terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Liga Juara-Juara dan meneruskan saingan Eropah menerusi Liga Europa selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI