PETALING JAYA – Dewan Rakyat meluluskan usul pemotongan peruntukan sebanyak RM45 juta untuk Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).
Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun selepas kertas pindaan diusulkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd. Rahim Bakri.
Belanjawan 2021 sebelum ini yang memperuntukkan sebanyak RM85.5 juta untuk Jasa menimbulkan polemik dalam kalangan ramai pihak.
Abd Rahim ketika penggulungan berkata, matlamat J-KOM bertujuan membangunkan komuniti untuk mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna patriotisme. – K! ONLINE