fbpx

Percaya naluri seorang isteri, Ika Nabella yakin suami tak akan curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ika yakin Muhammad Zaid tidak akan curang terhadapnya.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Ika Nabella melahirkan keyakinan bahawa suaminya, Muhammad Zaid Aznam tidak akan berlaku curang di belakangnya.

Menurut Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 31, perkara tersebut tercetus selepas suaminya memberitahu tidak memakai minyak wangi sekiranya keluar bersendirian.

Ika berkongsi perkara tersebut dalam stau hantaran Instagramnya semalam.

“Saya tanya dia kenapa tidak memakai wangian jika keluar seorang dan suami menjawab ‘tidak pakai minyak wangilah bagus, awak tak risau sayang’.

“Sayang, saya tidak pernah risau dengan segala tingkah laku awak sebab belum sampai tahap itu lagi dan pakai minyak wangi sebotol pun tidak mengapa,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram semalam.

Ujar pelakon drama Sein dan Luna itu, dia juga percaya Tuhan akan memberi petunjuk sekiranya suaminya curang.

Malah, Ika juga percaya naluri seorang isteri sentiasa tepat.

“Saya percaya Allah SWT akan bimbing kita ke jalan yang benar dan pasti akan beri petunjuk sekiranya berlaku apa-apa.

“Selain itu, naluri seorang isteri tidak pernah silap, betul tak? Kita (isteri) nampak tenang tapi jangan ingat kami akan terlepas pandang,” katanya lagi.

Terdahulu, Ika dan Muhammad Zaid selamat mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Noah Zayn yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI