fbpx

Perancis denda Google, Amazon €135 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEJALAN kaki melintasi pejabat Google di pusat bandar Manhattan di Bandar Raya New York pada 20 Oktober lalu. - AFP

PARIS – Pihak berkuasa privasi data Perancis menyatakan hari ini bahawa ia mendenda dua unit syarikat Google sebanyak €100 juta (RM491 juta) dan sebuah anak syarikat Amazon sebanyak €35 juta (RM171.85 juta) berhubung penggunaan cookie pengiklanan.

Pihak berkuasa berkenaan menyatakan, denda itu dikenakan kerana perbuatan meletakkan cookie pengiklanan ke dalam komputer pengguna tanpa mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu dan tanpa memberikan maklumat mencukupi.

Cookie merupakan data kecil yang disimpan dalam enjin carian komputer yang membolehkan laman web mengenali identiti pengguna dan mengingati aktiviti masa lalu mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI