fbpx

Park Mi-sun naik hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK MI-SUN

PELAWAK senior Park Mi-sun naik berang dan melepaskan kemarahan dalam media sosial gara-gara namanya dipetik oleh seorang penstrim video saluran AfreecaTV dengan cara yang boleh dilabel kurang ajar.

Penstrim video dikenali sebagai BJ Chulgoo itu didapati meninggalkan kata-kata kesat selepas ada yang menyamakan wajahnya dengan mendiang pelawak Park Ji-sun yang ditemukan mati pada bulan lalu dengan berkata: “Park Ji-sun? Pergi berambus.”

Selepas dikritik kerana bersikap biadab, Chulgoo kemudian berkata, dia sebenarnya tersilap petik nama.

Nama yang mahu disebut sebenarnya adalah Park Mi-sun, bukannya Park Ji-sun.

Menyedari namanya dipetik secara tiba-tiba, Mi-sun tidak berdiam diri sebaliknya terus menyelar tindakan Chulgoo.

“Kamu siapa? Sebelum mahu mengkritik wajah saya, cermin dulu diri sendiri kemudian bercakap begitu.

“Manusia sekarang memang suka buat perkara sia-sia sebegini. Kalau kamu ada otak, fikir dulu sebelum bercakap apa-apa,” marah Mi-sun.

Isu berkenaan sedang hangat menjadi perbualan netizen kerana Mi-sun dan mendiang Ji-sun merupakan pelawak popular dan disenangi ramai.

Sedangkan Chulgoo pula, sering menjadi sasaran kecaman netizen gara-gara gemar mencetuskan kontroversi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI