fbpx

[VIDEO] Syed Shah Iqmal mengaku tak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas pertuduhan melakukan  persetubuhan luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta Oktober lalu.

Syed Shah Iqmal, 25, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin dan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.

Di Mahkamah Sesyen tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober lalu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntumkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu ,Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha tidak menawarkan sebarang jaminan dengan menegaskan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

“Tertuduh juga mempunyai beberapa kes lain selain mangsa dan tertuduh mengenali antara satu sama lain dan kemungkinan tertuduh akan menganggu mangsa” katanya.

Tertuduh Syed Shah Iqmal (tengah) dibawa anggota polis di Mahkamah Petaling Jaya sini hari ini.

Vitiya Monisha berkata sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM100,000 dan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan dilarang menganggu mangsa.

Bagaimanapun peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili berhujah walaupun kes itu tidak boleh dijamin, mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk memberikan ikat jamin terhadap anak guamnya.

“Sepanjang siasatan dijalankan, tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik. Malah semasa siasatan bagi kes tangkapan pertama, tertuduh sendiri hadir tanpa bantahan, ” katanya.

Selepas mempertimbang dan mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Hakim Faiz membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan setiap bulan.

“Tertuduh juga dilarang menganggu mangsa sehingga perbicaraan selesai, “kata Hakim Faiz.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Februari 2021 bagi sebutan semula kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI