fbpx

Mayat wanita terapung di perairan Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita yang telah kembung ditemui terapung berdekatan Pulau Jemuruk di perairan Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Satu mayat wanita yang telah kembung ditemui terapung berdekatan Pulau Jemuruk di perairan Langkawi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mayat tersebut ditemui seorang lelaki kira-kira pukul 10.15 pagi ini.

“Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian, kami mendapatkan bantuan Maritim Malaysia (APMM) untuk membawa mayat tersebut ke jeti maritim di Bukit Malut.

“Mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat pada Ahad ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, identiti mayat itu setakat ini belum dikenal pasti.

“Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi juga sehingga kini masih tidak menerima sebarang laporan berkaitan kehilangan mana-mana individu di laut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI