fbpx

Kluster perhimpunan sosial makin banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Semakin banyak kluster terbentuk daripada perhimpunan sosial kebelakangan ini yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP), tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sambil memetik pepatah, ‘biasakan yang betul dan betulkan yang biasa’, beliau sekali lagi memperingatkan orang ramai mengenai nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mematuhi SOP ketika menghadiri sebarang jenis perhimpunan dan sewaktu berada di tempat awam.

Katanya, ini termasuk perhimpunan besar-besaran yang melibatkan kaum keluarga, majlis keraian dan upacara keagamaan.

“Perhimpunan-perhimpunan ini telah turut dihadiri oleh individu-individu yang bergejala. Sebagai contoh Kluster Enggor di Perak serta Kluster Indah Mas di Kuala Lumpur dan Selangor yang bermula dengan perhimpunan keluarga dan seterusnya merebak dalam komuniti.
“Selain itu, Kluster Inai dan Kluster Jambul di Sabah adalah antara kluster yang berpunca daripada majlis keraian,” katanya dalam satu kenyataan pada Facebook beliau berhubung peringatan tersebut di sini hari ini.

Katanya, kluster lain seperti Kluster Mentari pula melibatkan Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur berpunca daripada upacara keagamaan membabitkan ahli keluarga serta kenalan yang hadir dalam satu upacara kematian di Nilai, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, penjarakan fizikal sememangnya sukar diamalkan di kawasan yang sesak dan sempit,” rayunya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI