fbpx

Kluster baharu Bandar Impian Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Satu lagi kluster Covid-19 baharu dikesan di negeri ini dikenali sebagai Kluster Bandar Impian melibatkan Daerah Kluang menjadikan kluster aktif sehingga kini meningkat kepada 15 kluster.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, Kluster ini juga melibatkan kawasan Pasir Putih, Kelantan dan Kuala Kangsar, Perak.

Katanya, Kluster Bandar Impian yang dikesan semalam ini melibatkan 22 kes daripada saringan kontak rapat kes Covid-19 dan 40 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

“Kes indeks dikesan hasil saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dilaporkan pada 1 Disember lalu. Sehingga semalam, seramai 58 individu telah disaring di mana 9 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

“Sebanyak 100 kes baharu yang dilaporkan di Johor semalam iaitu 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada. Ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 2,193 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI