fbpx

Kemalangan jalan raya di Gua Musang menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Taufik menyampaikan Sijil Penghargaan kepada anggotanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Kadar kemalangan jalan raya di daerah ini menurun hampir 70 peratus sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19 sejak Mac tahun ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, sebanyak 582 kes kemalangan direkodkan dalam tempoh Mac hingga Disember berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 797 kes.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 18 kes kemalangan maut dicatat sehingga Disember ini berbanding 31 kes tahun lalu.

“Kemalangan maut menurun dengan drastik untuk tempoh Mac hingga Disember tahun ini.

“Kita percaya ini ekoran daripada pengurangan jumlah kenderaan di jalan raya kerana masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diarahkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI