SEKITAR Julai lalu, penyanyi rap Gaeko terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas mengalami kecederaan iaitu retak bahagian lengan kanannya.
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan dalam Instagramnya tempoh hari, Gaeko memberitahu dia dalam keadaan stabil meskipun berasa dirinya seperti robot.
“Tidak sangka saya ada tangan robot sekarang. Terima kasih kepada pasukan kesihatan, proses pembedahan berjalan lancar,” tulis Gaeko pada hantaran tersebut.
Selepas beberapa bulan, keadaan penyanyi kumpulan Dynamic Duo itu kian stabil tetapi masih dalam proses penyembuhan.
Dia memuat naik sekeping gambar imbasan x-ray bahagian tangannya yang dimasukkan besi.