fbpx

Budak perempuan dakwa dianiaya 15 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun mendakwa diperkosa 15 remaja lelaki termasuk salah seorangnya baru dikenali menerusi aplikasi WhatsApp pada Ahad lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa yang juga murid tahun enam sebuah sekolah rendah di daerah ini didesak keluarganya selepas tidak pulang ke rumah selama dua hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa dirogol oleh 15 remaja berusia dalam lingkungan 12 hingga 19 tahun di dua rumah berasingan antara pukul 4 petang, Ahad lalu dan 3 pagi, Isnin lalu.

“Mangsa yang didesak ahli keluarganya telah menceritakan hal sebenarnya sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kes rogol berkenaan.

“Berdasarkan laporan tersebut, budak perempuan berkenaan mendakwa perbuatan rogol berkenaan berlaku di dua buah rumah yang berasingan terletak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, hasil pemeriksaan di Hospital Kemaman di sini, pegawai perubatan mengesahkan kesan koyakan pada alat sulit mangsa.

Tambah beliau, seramai 10 suspek termasuk seorang penganggur berusia 19 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan manakala identiti lima lagi suspek sedang dikenal pasti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI