fbpx

Asimilasi dongeng fantasi, realiti Come Away

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COME AWAY menyajikan pengembaraan ke alam fantasi.

SEBENARNYA kebanyakan filem, khususnya terbitan Amerika Syarikat boleh diagak. Segalanya seperti templat sedia ada yang hanya perlu ditukar senarai pelakon dan sedikit ubah suai di bahagian penceritaan.

Sama juga dengan filem Come Away yang permulaannya saling tidak tumpah dengan kisah-kisah dongeng Barat lain.

Plot bermula dengan gambaran panorama kawasan berbukit dan sungai yang terbentang luas serta diiringi dengan suara latar memberikan naratif membuatkan penonton terasa seperti seseorang sedang membacakan sebuah dongeng sewaktu hendak tidur.

FILEM Come Away sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Tetap juga mengekalkan teknik gambaran perkara buruk yang bakal berlaku dengan petanda seperti suara burung gagak, pinggan pecah, bunyi dentuman kilat dan jari terluka. Segalanya memang mudah diramal kerana perkara sebegitu turut berlaku tidak mengira sama ada dalam karya tempatan atau antarabangsa.

Come Away turut membuatkan penonton dengan mudah menjangka nasib malang yang bakal menimpa David lakonan Reece Yates saat sedang bermain di atas sebuah bot sebaik sahaja ada lintasan babak sekumpulan burung gagak berterbangan dengan gegak gempita bersulam bunyi guruh berdentum.

David ketika itu berada dalam dunia imaginasi bersama adiknya Peter (Jordan Nash) sangat gemar berangan-angan menjadi pahlawan yang berjaya menewaskan lanun di lautan.

Namun, malang tidak berbau apabila David terjatuh ke dalam sungai selepas terpijak ranting kayu dan meninggal dunia kerana disambar petir. Satu kemalangan yang tragis yang meruntun emosi penonton di situ. Getir perasaan ibu David, Rose Litteton (Angelina Jolie) cukup dirasai.

Kematian anak sulungnya itu telah membuatkan Litteton kemurungan sehinggakan gemar mengurung diri di dalam bilik, termenung dan meminum alkohol.

COME Away menceritakan tentang tiga orang adik-beradik yang gemar berimaginasi sehingga mereka merasakan perkara itu seakan benar-benar berlaku.

Kemudian penceritaan beralih kepada sejarah silam Jack Littleton (David Oyelowo) yang mendedahkan identiti sebenar dirinya dan secara tidak langsung mengubah kehidupan mereka sekeluarga.

Boleh dikatakan filem Come Away tidak memerlukan ketajaman fikiran untuk dihadam, apatah lagi sebuah karya yang tergolong dalam kategori fantasi kanak-kanak, perjalanannya mudah dijangka.

Filem ini juga menonjolkan sifat kanak-kanak yang suka berimaginasi sehingga bertindak di luar kawalan dan berhalusinasi, atau dikenali sebagai gangguan skizofrenia.

Fantasi

Segalanya bermula normal, namun sikap tiga adik-beradik terbabit iaitu David, Peter dan Alice (Keira Chansa) yang gemar berimaginasi menjadikan Come Away cenderung ke fantasi dongeng klasik kanak-kanak.

BAGI yang menggemari kisah dongeng Peter Pan dan Alice In Wonderland, penonton pastinya akan turut terbuai dengan angan-angan David, Peter dan Alice dalam Come Away.

Sepintas lalu, Come Away mencorakkan karakter watak utamanya berdasarkan kisah Alice In Wonderland dan Peter Pan , cuma dalam Come Away terdapat tiga orang kanak-kanak yang berusaha membantu ibu bapanya berdepan kenyataan bahawa anak sulung mereka telah mati.

Fokus terhadap karakter kanak-kanak menjadikan filem berkenaan sebenarnya tidak memerlukan kehadiran Jolie. Dengan karakter bersahaja dan sesekali beremosi, watak itu sebenarnya boleh dimainkan sesiapa sahaja yang sesuai berdasarkan usia dan penampilan keibuan.

Biarpun. Come Away dilihat sebagai sebuah naskhah pengembaraan fantasi, ironinya perkara itu tidak seindah sangkaan.

Jurang fantasi dan realiti itu dilihat seperti tidak logik terutama apabila Jack Littleton dan Rose Litteleton seperti tidak menghiraukan kehilangan Peter berbanding reaksi mereka terhadap kematian David. Mereka seperti membiarkan Peter lenyap dengan dunia sendiri dan memilih untuk menjadi kanak-kanak yang enggan dewasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI