fbpx

Anak Loca B, Tuju bebas gastrosis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUJU (kanan) dan Loca B.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Loca B mendedahkan anak keduanya, Bintang Aiko didiagnosis gastrosis sejak dalam kandungannya lagi menerusi perkongsian dalam Instagramnya sebentar tadi.

Isteri kepada anggota kumpulan K-Clique, Tuju itu memaklumkan bahawa bayi perempuannya itu didiagnosis dengan penyakit tersebut sejak awal kehamilan.

Gastrosis merupakan kecacatan pada dinding abdomen yang menyebabkan usus bayi berada di luar perut tanpa lapisan pelindungan.

“Doktor cakap setiap enam ke lapan bulan akan ada satu kes. Kes yang lebih teruk apabila bayi akan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan akhirnya mereka tidak berjaya untuk diselamatkan.

“Jadi saya telah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sebab itu saya tidak mahu membeli banyak pakaian bayi kerana bimbang akan berakhir dengan emosi yang berat.

“Kami hanya membeli kerusi bayi sehari sebelum Bintang dibenarkan pulang dari hospital,” luahnya pada ruangan kapsyen.

TANGKAP layar video yang dikongsikan Loca B menerusi Instagram memaparkan keadaan bayinya yang baru dilahirkan didiagnosis penyakit gastrosis.

Malah, menurut Loca B atau nama sebenarnya Hani Azali, setiap hari selama tigu minggu berturut-turut, dia akan melawat anaknya di hospital.

“Agak sukar apabila terpaksa melihat jarum dan tiub yang berselirat di tubuhnya, tapi NICU adalah tempat terbaik untuk dia.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat Bintang,” katanya lagi.

Walaupun berdepan dengan ujian dan dugaan, namun Loca B dan Tuju menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam kehidupan.

Malah, mereka berdua turut melahirkan rasa syukur kerana menerima sokongan positif daripada semua orang.

“Alhamdulilah Bintang sembuh dengan cepat dan berada dalam keadaan baik. Ketika hendak meninggalkan wad NICU, jururawat ingin mengambil gambar bayi ‘nak tangkap gambar Bintang! Bayi survive gastroschisis (bayi sembuh daripada gastrosis)’.

“Kami bersyukur kerana dapat membawa pulang bayi kami ke rumah,” kongsinya.

Terdahulu, Tuju ketika muncul dalam program MeleTOP pada 24 November lalu mengumumkan Loca B sudah pun selamat melahirkan bayi mereka dan sedang berpantang. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI