fbpx

Aksi cemerlang ‘ubi muda’, Gilmour pukau Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GILMOUR menampilkan aksi cemerlang ketika membantu Chelsea menentang Krasnodar yang berakhir dengan keputusan 1-1 di Stadium Stamford Bridge awal pagi semalam.

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard bangga dengan prestasi dipamerkan oleh pemain ‘ubi muda’, Billy Gilmour sewaktu seri 1-1 dengan Krasnodar pada aksi terakhir Kumpulan E Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Lampard nyata teruja melihat penampilan Gilmour yang dilihat tiada masalah beraksi di baha­gian tengah The Blues selepas terpaksa disisihkan selama empat bulan kerana menjalani pembedahan lutut sebelum ini.

“Saya gembira dengan kepulangan yang sangat membanggakan ditunjukkan oleh Gilmour. Jadi, saya mahu melihat prestasinya yang jauh lebih bagus selepas ini kerana dia sudah pulih sepenuhnya daripada kecede­raan,” katanya.

Kepulangan semula Gilmour sememangnya tepat selepas Lampard terpaksa melupakan dua pemain sayapnya, Hakim Ziyech dan Callum Hudson-Odoi untuk satu tempoh disebabkan kecederaan hamstring.

“Kami mungkin terpaksa melupakan Ziyech dan Hudson-Odoi selama dua minggu. Ia memang satu berita menyedihkan tetapi saya berharap pemain-pemain muda dapat mengambil peluang dan membuktikan sesuatu kepada pasukan selepas ini,” jelas Lampard.

Pada aksi awal pagi semalam, Chelsea terlebih dahulu ketinggalan kepada Krasnodar menerusi jaringan Remy Cabella pada minit ke-24 sebelum Jorginho menyempurnakan sepakan pe­nalti untuk menyamakan kedudukan 1-1 berselang empat minit kemudian.

Keputusan perlawanan itu tidak membawa sebarang makna buat Chelsea yang sudah mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati lebih awal sebagai juara Kumpulan E dan bakal diiringi pasukan tempat kedua, Sevilla ke pusingan seterusnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI