fbpx

67 PATI ditahan dalam Ops Benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Benteng semalam selain dua tekong manakala empat kenderaan darat dan lapan kapal dirampas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu antara pasukan keselamatan negara mengawal ketat sempadan daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19.

“Sebanyak 121 Sekatan Jalan Raya (SJR) juga dilaksanakan semalam melibatkan pecahan Ops Penawar (51 SJR); Ops Benteng (61 SJR) dan Ops Benteng (9 SJR).

“Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 217 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan seramai 210 individu daripada jumlah itu telah dikompaun manakala tujuh lagi direman.

“Antara kesalahan itu ialah tidak memakai pelitup muka (99), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (60), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (31), aktiviti pusat hiburan (17) dan lain-lain (10).

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM membuat 51,908 pemeriksaan semalam melibatkan sebanyak 2,991 Pasukan Pematuhan dengan kekuatan 13,725 anggota,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI