fbpx

Tiga penyamun pecah masuk rumah banglo guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek memecah masuk melalui bahagian tingkap dapur rumah banglo milik seorang guru di Kota Sri Aman, Kubang Kerian kelmarin.

KOTA BHARU – Seorang guru wanita kerugian puluhan ribu ringgit apabila rumahnya di Kota Sri Aman, Kubang Kerian sini dipecah masuk tiga lelaki bersenjatakan batang besi.

Kejadian berlaku pada pukul 4 pagi kelmarin ketika mangsa berusia 37 tahun bersama anak perempuannya yang berusia 11 tahun dan adik ipar 21 tahun sedang tidur di dalam rumah berkenaan

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek yang memakai pelitup muka telah memecah masuk ke dalam rumah banglo setingkat milik mangsa itu melalui tingkap dapur.

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, salah seorang suspek dilihat memegang sebatang besi selepas berjaya memecah masuk rumahnya.

“Apabila berada di dalam rumah, seorang suspek telah mengacukan batang besi itu dan mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang kemas miliknya.

“Pada masa sama, suspek yang merupakan warga tempatan turut mengambil beg tangan, wang tunai RM1,100, kad pengeluaran wang automatik (ATM), dua buah telefon bimbit dan kunci kereta jenis Perodua Viva,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, ketiga-tiga suspek turut melarikan diri bersama kereta mangsa itu, namun kereta itu ditemui semula di Bachok selepas ditinggalkan oleh penjenayah terbabit.

Katanya, susulan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian pada hari yang sama.

Ujarnya, polis telah melancarkan gerakan untuk mengesan tiga penjenayah terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dengan senjata.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI