fbpx

Suami basuh pinggan, Tasha Manshahar serba salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tasha Manshahar bersama suami dan anak lelaki sulungnya.

PETALING JAYA – Penyanyi Tasha Manshahar mengakui berasa serba salah selepas melihat suaminya membantu menguruskan hal rumah termasuk mencuci pinggan mangkuk.

Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya, penyanyi yang kini bergelar guru itu menunjukkan gelagat suaminya, Fahrur Raqib Abdul Majid sedang membasuh pinggan. Video tersebut sebagai penghargaan atas kesudian suami membantunya melakukan kerja dapur.

“Cari-cari Raqib, sekali rupa-rupanya dia di dapur basuh pinggan mangkuk. Sayang terima kasih basuh pinggan, patutnya saya yang buat,” ujarnya dalam video tersebut.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Cuba Teka itu turut tidak sedap hati selepas melihat suaminya melakukan tugas tersebut.

Bagaimanapun Raqib memberitahu, perkara tersebut sudah menjadi adat buatnya supaya sentiasa berbahagi tugas sebagai suami isteri dan ikhlas dalam perbuatan.

“Tadikan awak dah masak, saya basuh pinggan. Kita bahagi-bahagi tugas. Takkan isteri nak buat semua.

“Bila buat sama-sama orang kata lebih manis,” ujar Raqib.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut melahirkan pujian buat pasangan tersebut yang dilihat tidak berkira dalam melaksanakan sesuatu perkara.

“Rasa serba salah bila suami buat kerja dapurkan? Tapi bila suami okey, rasa tenang dan lega sedikit,” kata salah seorang pengguna laman sosial.

Terdahulu, Tasha dan suami mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muammar Rafiqi yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI