fbpx

Sidang DUN Perak berlangsung 10 minit hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADUN Kota Tampan, Saarani Mohammad melambai tangan ke arah pengamal media ketika masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan bersambung semula pada pukul 2.30 petang hari ini hanya berlangsung selama 10 minit sebelum ditangguhkan semula.

Pengumuman penangguhan tersebut dibuat Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalil sebentar tadi.

Menurut Mohamad Zahir, agenda persidangan hari ini sepatutnya dibentangkan Enakmen Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

“Berdasarkan kedudukan semasa, persidangan ini ditempohkan (ditangguhkan) sehingga Rabu, 2.30 petang,” katanya.

Mengikut jadual asal, persidangan DUN sepatutnya berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lalu namun perkara tersebut berubah selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat majoriti sokongan pada usul undi percaya terhadapnya.

Ahmad Faizal kemudian meletakkan jawatan Menteri Besar Sabtu lalu yang menyebabkan kerajaan negeri terbubar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI