fbpx

Siapa MB Perak masih menjadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Kinta.

IPOH – Tanda tanya masih berlegar-legar di benak fikiran rakyat Perak memandangkan konflik politik di negeri tersebut masih belum selesai apabila jawatan Menteri Besarnya masih belum dilantik.

Hari ini, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas terdiri daripada ADUN Gunong Semanggol, Razman Zakaria; Mohd. Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) dijadualkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh 4.30 petang ini.

Difahamkan, ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga telah memohon dan diperkenankan untuk menghadap Sultan Perak petang ini.

Kerajaan negeri Perak masih belum dapat dibentuk sehingga kini memandangkan Sultan Perak masih belum diyakinkan mana-mana pihak bahawa mereka memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Khabar angin juga masih bertiup mengenai kerjasama yang bakal dibuat UMNO memandangkan parti itu mempunyai 25 kerusi DUN, sama ada kekal dengan Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Pas ataupun kerjasama baharu antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR, DAP dan Amanah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI