fbpx

Pusat pemindahan SK Tok Deh ditutup sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di sini ditutup sepenuhnya hari ini.

PPS itu ditutup tepat pukul 9 pagi tadi selepas kesemua 32 mangsa banjir daripada enam buah keluarga dibenarkan kembali pulang ke rumah masing-masing selepas air surut sepenuhnya.

Laman web infobanjir.water.gov.my menunjukkan air Sungai Golok semakin menurun dan berapa pada paras 6.89 meter.

Kesemua mangsa banjir itu dari Kampung Tok Deh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI